Thursday, June 4, 2009

Sembilu 3 Petang

Khamis 3 petang...

Aku duduk depan komputer yang agak 'up-to-date' kat ofis. Dengan tangan kiri meraba-raba papan kekunci kat atas meja, tangan kanan erat menggenggam 'mouse' sambil jari telunjuk bersiap sedia kat 'left-click button', kepedihan di mata tak dapat aku bayangkan lagi. Air mata makin bergenang menunggu masa jatuh. Sambil dengar lagu-lagu klasik dendangan Allahyarham Sudirman, aku terus pejamkan mata dek tak dapat menahan air mata yang makin membuak-buak kat sekelilingnya. Aku terus diam. Seolah-olah faham dengan setiap butir perkataan dalam lirik lagu, kepala aku makin melayan sambil mengangguk-angguk walaupun otak aku dah makin melayang macam butiran spora yang baru dilancarkan.

"Dah berapa kali kau menguap tu... Tu la makan banyak sangat, kan dah mengantuk. Pergi sembahyang zohor dulu."

Alamak. Bila masa bos aku balik? Hampeh punya lagu, sampai tertidur aku melayan. Nasib baik tak kantoi.

***

Habis sembahyang zohor, aku terus bukak lagu "System of a Down - Chop Suey" sambil mengangguk-angguk tanda setuju dengan apa yang dibincangkan dalam lirik lagu tu. Baru semangat sikit nak buat Autocad...

1 comment: