Thursday, June 4, 2009

Sembilu 3 Petang

Khamis 3 petang...

Aku duduk depan komputer yang agak 'up-to-date' kat ofis. Dengan tangan kiri meraba-raba papan kekunci kat atas meja, tangan kanan erat menggenggam 'mouse' sambil jari telunjuk bersiap sedia kat 'left-click button', kepedihan di mata tak dapat aku bayangkan lagi. Air mata makin bergenang menunggu masa jatuh. Sambil dengar lagu-lagu klasik dendangan Allahyarham Sudirman, aku terus pejamkan mata dek tak dapat menahan air mata yang makin membuak-buak kat sekelilingnya. Aku terus diam. Seolah-olah faham dengan setiap butir perkataan dalam lirik lagu, kepala aku makin melayan sambil mengangguk-angguk walaupun otak aku dah makin melayang macam butiran spora yang baru dilancarkan.

"Dah berapa kali kau menguap tu... Tu la makan banyak sangat, kan dah mengantuk. Pergi sembahyang zohor dulu."

Alamak. Bila masa bos aku balik? Hampeh punya lagu, sampai tertidur aku melayan. Nasib baik tak kantoi.

***

Habis sembahyang zohor, aku terus bukak lagu "System of a Down - Chop Suey" sambil mengangguk-angguk tanda setuju dengan apa yang dibincangkan dalam lirik lagu tu. Baru semangat sikit nak buat Autocad...

Sunday, April 26, 2009

Gomo Klate Gomo!!!

Walau apa pun aku tetap berbangga sebagai anak jati Selangor, walaupun aku sebenarnya tak pernah layan pun bola sepak Malaysia ni. Last aku pergi stadium pun tahun 2000 kot. Aku pun tak ingat dah. Tapi semangat tu ada lagi. Gila kau, menang piala FA tu. Manchester United pun tak dapat ni. Perghhh..

Hidup Selangor FC dan Gergasi Merah korang!!!

Senyap kejap budak Kelantan kat rumah aku.

Spurs menang dengan MU???

Menang first half pun jadilah. Kira ok apa. MU mana pernah menang dengan Spurs first half.

Sengal!!! Tak sampai 10 minit kena 4 gol. Apa cerita???

Sunday, April 19, 2009

Akhirnya...

Berjaya gak aku meng'update' benda ni... Siot punya Telekom rilek2 je potong bekalan internet kat rumah aku. Nasib baik dah 'on' balik. Kalau tak memang aku pegi menara telekom tu bawak parang panjang.

Bukannya tak bayar pun, cuma lambat sikit je... Tu pun nak kecoh...

Thursday, March 19, 2009

Zoom Malaysia

Sabtu lepas aku ikut member pergi rumah member kami jugak kat semenyih. Agak boleh tahan jugak la dia punya cabaran untuk ke rumah member kami tu. Ye la kitorang pun tak pernah lagi sampai kat rumah dia ni. Ntah berapa kali ntah sesat.

Ni adalah stesen minyak yang paling 'grand' sekali yang ada kat situ. Mana nak cari stesen minyak yang korang boleh merokok tanpa dimaki hamun oleh pekerja kat situ?

Agak2 korang berapa harga seliter kat sini?

Monday, March 16, 2009

Man U 1 Liverpool 4

Apa cerita pemain terbaik dunia? Mana pergi skill2 yang boleh membuatkan orang terpukau bila tengok. Rasa macam nak lipat2 je kaki dia bila tengok dia punya skill. Asyik2 benda tu jugak yang dia buat.

Aku sebenarnya tak ambik kisah sangat dengan game ni. Tapi ye lah dah Man u punya fan gah sangat dengan team dia orang ni. Sana sini pakai baju Man u. Kalau tanya Ryan Giggs tu asal mana belum tentu diorang boleh jawab. Tapi seronok jugak tengok muka Sir Alex tu merah padam sambil kunyah2 'chewing gum'. Beli Berbatov mahal2 tapi bagi main 15 minit. Ntah2 belum habis bayar jugak beli Berbatov tu.
Tapi aku ni bukannya fan Liverpool pun. Saja je nak bagi Man u dan Ronaldo punya 'Die Hard Fan' panas. Diorang ingat dah dapat Carling Cup hari tu dah cukup 'untouchable' la. Yang aku pelik macam mana Arsene Wenger boleh cakap diorang ni 'untouchable'. Ntah apa2 ntah. Ke dia ni ada apa2 dengan Sir Alex ni? Hairan sungguh!!

Ah lantak la diorang. Yang penting Spurs dah menang hari ni. Puas hati aku.

Liverpool tak nak try beli Modric pulak ke?

Sunday, March 15, 2009

Apa nak jadi.

Orang buat tu aku nak buat tu. Orang buat ni aku pun ikut buat. Dah jadi macam ni baru nak menyesal. Nak salahkan orang lain pun tak boleh, sendiri punya tangan yang gatal sangat nak buat. Nak buat macam mana, nak tak nak terpaksalah aku teruskan. Menyusahkan betul la. Dah la aku tengah sibuk ni, boleh pulak kena benda2 macam ni. Terpengaruh sangat dengan cakap2 orang.

Gua dah ade blog sendiri!!! Apa cerita?
Prestij jugak kepala otak aku ni rupanya.